Bab 1
Hana, kau dah siapkan latihan matematik yang cikgu bagi semalam, aku nak pinjam boleh tak ? Fendy buat muka kesian untuk raih simpati supaya Hana bagi pinjam buku latihannya.
Biasalah budak lelaki memang malas nak buat kerja sekolah ni lagi-lagi budak kelas-kelas yang hujung ni dah faham benar Hana dengan perangai Fendy kalau mana-mana kerja sekolah muka Hana juga la yang dia cari biasalah kawan baik a.k.a BFF la katakan.
Macam biasa lah upah untuk aku mana? Tak kan nak bagi pinjam free je penat taw aku memerah otak aku yang bijak bistari ni nak siapkan semalam. Fendy senyum faham benar dengan perangai Hana ni dengan pantas keluarkan gula-gulaHacks dari poket seluarnya dan memberikan sebiji kepada Hana. Hana tersenyum lalu dia keluarkan buku latihan matematik dan terus diberikan kepada Fendy.
Nah, ambil ni! Cepat siapkan kejap lagi Puan Chan masuk kau juga yang kena marah bukan aku.
Semalan buat apa? Main bola sepak lah tu sampai lupa nak buat kerja sekolah, alih-alih muka aku juga yang kau cari pagi-pagi ni kan? Dah nanti dah siap letak bawah meja aku nak pergi bilik guru ni. Simpan elok2 buku aku ni jangan sampai hilang sudah memang nanti aku siat-siat daging kau buat salai! Hahaha seronok Hana dapat kenakan Fendy pagi-pagi macam ni.
Eeee kau ni Hana pagi-pagi dah membebel kat aku, dah lah pergilah cepat nanti beratur panjang kau juga yang penatkan? Tak tahan Fendy mendengar Hana membebel nanti tak sempat dia nak salin jawapan Puan Chan dah masuk dia juga yang kena bising.
Weekkkk ! Sempat Hana menjelirkan lidahnya pada Fendy lalu cepat-cepat dia keluar dari kelasnya menuju ke pejabat sekolah mengambil plastik sampah & kapur.
Tugas Hana sebagai Ketua Kebersihan didalam kelas 3A5 memaksa dia pada setiap awal pagi sebelum Cikgu masuk kedalam kelas untuk mengajar mengambil kapur untuk digunakan nanti dalam sesi pembelajaran setiap hari.
Hana ! Alaa kau dah pergi ke? Aku baru nak ikut la, kan selalu aku jadi bodyguard kau pergi ambil plastik & kapur ni. Sambil menanyangkan gigi yang tak berapa nak putih Ain meminta penjelasan dari Hana. Sory la wei aku nak cepat tadi takut cikgu dah masuk kelas nanti aku juga yang kena, besok la ye kau jadi bodyguard aku. Hihihi Hanaketawa sambil berlalu meletakkan kapur di papan hitam dan memberikan plastik sampah pada Rosma kerna hari ni merupakan tugas Rosma menyapu sampah.
Bangunnnn ! Selamat pagi cikgu. Azua memberi arahan bangun pada semua murid kelas 3A5 kerana Puan Chan sudah masuk ke dalam kelas bagi melulakan sesi pembelajaran untuk matapelajaran Matematik hari ini.
Hana melirik pada Fendy mengharap Fendy perasaan akan pandangannya tapi ternyata Fendy masih khusyuk menyalin semua jawapan pada buku latihannya.
Hish geramnya aku dengan fendy ni, tak akan dari tadi tak siap salin lagi. Dia ni salin jawapan ke baru belajar menulis? Huh ! Hana mengomel sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan